6 December 2011

Pertandingan Pidato Kanak-kanak Malaysia 2009 (Tempat Ketiga Kategori Ba...


Kata Seru

     1. Kata Seru adalah bertujuan melahirkan sesuatu perasaan.

     2. Kata seru digunakan apabila hendak menggambarkan

          sesuatu perasaan marah, terkejut gembira, sedih dan sebagainya

     3. Tanda seru (!) mesti diletakkan di akhir ayat seruan.

     4. Contoh kata seru dalam ayat:

         1. Wah, cantiknya rumah kamu!
        

         2.. Syabas, kamu telah berjaya menamatkan permainan ini!
             
         3. Eh, kamu tidak pergi sekolah hari ini!


         4. . Aduh,  sakitnya gigi aku!

                           




5 December 2011

Animasi kacang : can mali can

Kata terbitan

      KATA  TERBITAN
     Bentuk kata yang mengandungi  kata dasar . Terbentuk  melalui 
     proses pengimbuhan. Iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada
     kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan iaitu:
     1. Imbuhan awalan
     2. Imbuhan akhiran
     3. Imbuhan apitan
     4. Imbuhan sisipan

2 December 2011

Kata Ganda



Kata Ganda adalah kata yang terhasil atau terbentuk

daripada kata yang digandakan atau diulang sama

ada sebahagian atau seluruhnya
.




Kata ganda terbahagi kepasa empat jenis iaitu:-

a. Kata ganda penuh atau seluruh

b. Kata ganda separa

c. Kata ganda berima atau bersajak

d. Kata ganda berimbuhan

15 November 2011

Kata Nama Am dan Khas


Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas 
Kata Nama
1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya.
2.
Kata nama terbahagi kepada:
 
a.
kata nama am
 
b.
kata nama khas
 
c.
kata ganti nama
 
 
Kata Nama Am
Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.
 
·
·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi
 
 
Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.
 
  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
 
 ·
Contoh:
 Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar  Baru Uda , Rentung
Lampiran 1 
Permainan Bahasa ( 5 minit ) 
Contoh:
Masukkan perkataan (kata nama am atau khas) di tempat yang sepatutnya, setelah guru menyebut huruf yang bermula daripada huruf “ B” atau huruf-huruf yang lain-lain. (Lihat contoh yang diberikan)

Borang Permainan

Nama
:
………………………………………………………………

Kelas


:
………………………………………………………………

Nama
Negeri / Negara
Buah
Benda
Binatang
Badariah
Belanda
Belimbing
Butang
Burung
1.
 
 
 
 
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 
 
4.
 
 
 
 
5.
 
 
 
 
6.
 
 
 
 
7.
 
 
 
 
8.
 
 
 
 
9.
 
 
 
 
10.
 
 
 
 

Lampiran 2
Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
1.
Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.
2.
Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3.
Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4.
Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.
5.
Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6.
Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu.
7.
Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8.
Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9.
Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11.
Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12.
Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13.
Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14.
Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15.
Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.