21 September 2011

Penjodoh Bilangan

biji:
Untuk benda-benda yang kecil dan berbentuk bulat seperti epal, limau, bola, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya




Tulis penjodoh bilangan yang sesuai..

1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.

10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan.

11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.

12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.

13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.

14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.

15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul.



Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 4 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.


2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.